Monday, 12 December 2016

Program eDaya usahawan

Pada 8-9  November  2016, saya telah dijemput untuk bersama-sama 3000 orang peserta lain dari seluruh malaysia untuk menghadiri sebuah persidangan yg dianjurkan oleh pihak Mdec,  iaitu persidangan Daya eUsahawan 2016 yang bertempat di KLCC.

Ramai kan.... 

<MDEC> Tahniah! Sukacita dimaklumkan anda LAYAK ke program DAYA Usahawan 2016 pada 8h-9hb Nov di KL Convention Centre. 

Penginapan: Tune Hotel KL (316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). 
Daftar masuk: 7hb Nov (3.00ptg-10.00mlm) @ Daftar Keluar: 10hb Nov 2016 . 

Sila tunjukkan SMS ini semasa pengambilan kunci kepada pegawai kami sebagai "Kod Masuk". Sebarang pertukaran tidak dilayan. 

Kod Pakaian Harian: Smart Casual/ Glamer 

Dapat bilik FREE!!  Terima kasih Mdec. 





Aturcara program tersebut. 

Ramai artis2 malaysia yg berniaga hadir memberi perkongsian yg sangat bermanfaat kepada kami. 
Kawan2 baru,, 


Fizomawar

Sempat juga bergambar,  hehe

Akhir kata,  terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur,,  kerana dah sedia kan kami tempat tinggal yg selesa,  makan yg sedap,,  dan paling berharga,  ilmu dan pngalaman yg dikongsi kan oleh para artis jemputan.  Ianya membuat kan sy merasa lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan diri dalam dunia perniagaan. 



Kek Batik Aliyyu

Siapa dekat sini suka makan kek batik??  Tapi malas nak buat?  Haha,  bole lah order dengan saya...... Ehemmmmmm,,
Selepas mengikuti seminar eUsahawan tempoh hari,  sy mula aplikasi kan apa yg sy dah belajar dengan memulakan perniagaan secara online iaitu menjual kek batik....



Ni antara iklan yang digunakan untuk promote kek batik yg sy jual. 

Syukur,Alhamdulillah,  kek batik yang saya jual mendapat sambutan di kolej kediaman sy,  iaitu kolej dato' onn,  dan juga telah mula dikenali di fakulti. 

Pelbagai komen balas daripada pelanggan yg sy telah terima. Antara nya ialah



Perniagaan ini diteruskan setiap hujung minggu...  Sy akan mengambil tempahan terlebih dahulu. Dan pulang kerumah seperti biasa dan membuat nya...... Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yg support kek batik saya.. 



Seminar eUsahawan?






Berterima kasih kepada pihak mdec,  kerana telah memilih saya antara 35 orang untuk menghadiri seminar eUsahawan pada 10 & 11 october 2016.

             

Banyak input yg berguna berkenaan online business telah diajar kepada kami seperti pemasaran menggunakan whatapps,  facebook dan instagram oleh seorang wanita yg cukup berbakat dan mempunyai niat yg ikhlas untuk menyebarkan ilmu iaitu pn.  Norhimah bt.  Aziz.
Ni email yg sy dapat....

Pn.  Norimah aziz,  memang seorang yg berbakat dalam menyebar kan ilmu. 


#mengejarimpian#eUsahawan



Maka,  bermula lah jualan sy secara online.  Nak jual ape ye????  Masih lagi terfikir-fikir.

Dunia permotoran

How people change?  Setiap manusia pasti akan melalui fasa-fasa kehidupan dgn masa dan fasa yg berbeza....

Dulu,  aku ni minat betul dengan moto,  sanggup kumpul duit,  untuk habis kan dekat moto,,  haha,,  itu cerita lama.
Saja nk kongsi gambar-gambar lama,
Setiap gambar pasti ade kenangan kan.




Ni lah dia,  moto pertama aku,  haha

Moto kedua,  sayangnya,  jodoh kita tak panjang,  pakai sekejap je. Lepas tu jual. 

Yamaha 125Zr,  moto yg aku paling sayang. 
Pergi mandi air terjun

Antara koleksi yg ada

Beraya di bagan Dato, perak

Rupa nya buruk,  tetapi mempunyai harga yg tinggi

Kawan2 yg sama minat



Gantung di Dinding bilik. 


Beberapa tahun kemudian,  beli moto ni pula, 


Kawasaki 150rr







Semua ni menjadi kenangan dalam hidupku,,,  saat aku masih muda,  masih remaja,,, 

Hati-hati memandu,,  risiko pemandu motosikal ini sangat lah tinggi, 
Dilanggar jatuh,  melanggar jatuh,  kena tiup angin pun kadang2 boleh jatuh,,  
Kalau diberi pilihan,  kereta atau motosikal,  pilih la kereta,,  kerana ketika memandu kereta,  besi yg tutup kita,  tetapi,  apabila memandu motosikal,  kita pula yg menutup besi.  utamakan lah keselamatan diri anda. 





Kelapa sawit pula

Sebelum ni cerita pasal kelapa santan. Kali ni,  nk cerita pula pasal kelapa sawit,,  hoho.....

Sy mula petik sawit ni sejak umur 16 tahun lagi,  masa tu,  buah nye kecil lagi. Sekali petik,  dapat la rm 15, rm 16, haha. Alhamdulillah,  dapat la buat isi minyak motor kan.  . Daripada takde langsung. 

Buah sawit nya masa awal-awal dulu. 

Boleh dikata kan. , setiap 3 minggu,  mesti sy akan petik sawit ni,,  semakin lama. Semakin besar buah nya,  semakin berat,  semakin tinggi hasil nya,  sekarang ni,  syukur pd Allah,  sekali petik. , sy boleh dapat sekitar RM 120 - RM 140.. 
Ni saiz buah sawit nye sekarang. 

Ade beza kan?? 
  

Tips,  kena rajin letak baja.  Sekurang2 nya 2 kali setahun

Biar kurus,janji kuat. 
Biar selekeh,  janji tidak meminta wang pd orang. 

Alhamdulillah,  hasil jualan baru2 ni