Wednesday, 14 December 2016

Fazz kerepek house

Siapa pernah dengar Fazz kerepek house ni dekat mana?  Haaaa,,  dekat Banting,  selangor,  bila sebut banting je,  org akan terbayang kerepek,  sebenar nye,  kerepek tu,,  Fazz kerepek house ni la....
Boleh juga rujuk page mereka sendiri
http://myfazzkerepekhouse.blogspot.my/?m=1
Baru-baru ni saya ade pergi ke sana...
Susun atur rak yg memudahkan pelanggan untuk memilih kerepek yg mereka mahukan. 

Ruangan khas kepada sesiapa yg ingin membeli dgn kuantiti yg besar iaitu 5kg. 


 Untuk pengetahuan semua,  harga dekat sini memang sangat berpatutan,  sebab tu harga dia fix,  tak boleh tawar dahh...
Yg menarik nya,  hari biasa pun ramai orang datang kesitu,  kalau musim raya,,  kawasan rumah nya dah macam ada kenduri perkahwinan,  kereta bersusun tepi jalan,  mungkin pelanggan daripada luar.
Saya beli ini..... 

Dan ini,,  Ubi bbq, Opak kari,  keropok dhal. 

Beli banyak2 ni nk buat ape ye? 

Berbakti pada tanah

Kalau ditanya hobi saya.........  Taktahu la ia normal atau tidak..  Tapi sejujur nya,  jiwa sy,   suka kepada berkebun iaitu satu aktiviti yg kurang digemari oleh remaja-remaja kini....  Selalu ingat pesan org tua-tua,  banyak kelebihan jika kita berbakti pada tanah.  Bukan sahaja hasil tanaman dpt dimakan,  malah jika ade lebihan. Boleh dijual di kedai runcit atau pun di sedekah kan kepada jiran dan saudara mara.  Seterusnya,  dapat menyihat kan badan apabila peluh dikeluarkan melalui aktiviti mencangkul....  Badan cergas,  Otak cerdas....  Saya ni jenis yang tidak minat kepada sukan....  Jadi ini lah cara sy mengeluar kan peluh.
Takut nk racun. Nanti mati pula tanaman nya. 

Jeng jeng jenggg,,  kemas kannnn

Tak rugi pun berbakti pada tanah,  pasti ade hasil nya....  Jom lah berkebun. Seronok tauuu

Tester kek Batik Aliyyu

Mula terfikir,  macam mana untuk luas kan lagi pasaran,  macam mana nak bagi orang kenal Kek Batik Aliyyu Supaya dapat tingkat kan lagi sale bulan ni.

Jadi sy telah buat keputusan untuk beri tester terutama nya kepada penghuni kolej dato' onn.
Xde modal nk buat sticker lg... 

Lebih kurang 150 tester disediakan. 

   Alhamdulillah,  syukur sekali lagi,  selepas tester diedarkan,,  lebih banyak order masuk terutama drpd pelajar yg belum pernah membeli sebelum ini., dapat juga feedback positif drpd rakan2 yg mengenali sy... 

Tips*  jangannnn kedekut nk buat tester...  Kita mesti keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan wang yang lebih banyak#                                                                                      

Ketua kumpulan jual baju??

Haaaaaaaa.....  Nampak macam stress je kan,  haha,  nk tahu ape cerita??

1st....  Sy dipilih oleh sbhgian ahli kump.  Untuk jadi ketua kumpulan.  (tak pernah jadi ketua)
2nd,,,,  Offer diri nk urus kan tempahan baju T-shirts ahli kumpulan.
*Mula la kena ambil nama dan saiz untuk siapa yg berminat,
*Ulang alik kedai untuk confirm order.
*update list nama,,  senarai kan saiz baju. (ada yg nk tukar saiz)
*kutip duit
*baju nk pakai 23hb, 8 pagi.
Tp 22hb,  10.30 malam baru dapat baju drpd kedai,,  hoho... Migrain,,,  ramai yg tanya.  Mana baju,  mana baju,, taktahu nk jawab ape lagi masa tu...
Tapi syukur,  dapat juga agih kan baju2 tu sebelum program bermula..... Legaaa. Dapat pengalaman baru,  uruskan baju...
3rd, selesai aktiviti siapa dia,  lari pula ke pusanika,  tengok pelancaran moto Honda baru

Moto ditutup la pula... 


4th,,  petang tu ke dk4 pula,  dengar pasal GST.



5th,,  Masuk balik Dk 2 untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah..
Syukur Alhamdulillah,,  kumpulan sy menjadi juara,  iaitu pemenang keseluruhan aktiviti...  Kami dapat wang tunai sebanyak RM ### . Hehe.
Ni dia sampul surat yg kami dapat. 

Antara ahli kumpulan "FISHER SQUAD"

Ahli yg join siapa dia... 

Duit tu kami beli ais krimm.... Sedapp. 


Walaupun beberapa hari sebelum tu busy dgn latihan,  urus baju,  tp lepas habis program tu,  rasa puas sangattt....  Sebab dapat tgk kwn2 yg lain pun gembira,  memang enjoy program ni... Pengajaran yg y dapat,  MENTAL kena kuat!  , haha

Makro spontan

23 November 2016......
                                                   Persediaan oleh ajk Makrospontan. 

Mulai tahun ini,,  para pensyarah ekonomi Ukm perlu memikir kan bagaimana untuk mmenginovasi kan cara pembelajaran pelajar iaitu sesi pembelajaran di luar waktu belajar / dalam kuliah formal.

Maka,,,  tahun ini program MAKROSPONTAN 2016 diadakan.

Bagi sy,  program ini sangat menarik,  kerana semua pelajar dibahagi kan kumpulan secara rawak,(Lebih kurang 65 pelajar setiap kumpulan)   jadi,  pelajar2 dapat mengenali pelajar lain secara tidak langsung.  Seterusnya,  ianya dapat mengasah bakat kepimpinan & kerjasama antara satu sama lain. Para pelajar diminta memilih untuk menyertai satu aktiviti setiap seorg dan antara  aktiviti yang dijalan kan ialah :-
1.Siapa Dia?
2.Debat Makroekonomi.
3.The Musical.
4.cheers
5.You ask, I ask?
6.pemberita kepala 10.
7.Terbaik didunia.


...................................................................................
Nanti kan kisah sy dalam program ini pada post yg akan datang.

Monday, 12 December 2016

Explorisk 3.0

12 November 2016.....

Saya melibat kan diri sebagai urus setia program pengurusan risiko iaitu Explorisk 3 0, sebuah program yg sangat menarik,  yang mendedah kan kita bagaimana untuk mengendalikan risiko dalam kehidupan harian kita,  serta menawarkan hadiah yg lumayan kepada pemenang iaitu RM1000 untuk kumpulan pertama.
Poster Explorisk 3.0

Perkongsian drpd prof.  Zaidi tentang risiko

Geng bertugas harini

129 peserta telah mendaftar

Bergambar dulu. 

Kami runner je,  haha

Agih2 kan makanan kpd peserta

Perkongsian drpd manager Esso. 

Semua pemenang bagi program tersebut. 

Banyak pengalaman baru yg dapat dipelajari melalui program ini,,  semoga program macam ni diteruskan lagi pd masa yg akn dtg... Sekian


Program eDaya usahawan

Pada 8-9  November  2016, saya telah dijemput untuk bersama-sama 3000 orang peserta lain dari seluruh malaysia untuk menghadiri sebuah persidangan yg dianjurkan oleh pihak Mdec,  iaitu persidangan Daya eUsahawan 2016 yang bertempat di KLCC.

Ramai kan.... 

<MDEC> Tahniah! Sukacita dimaklumkan anda LAYAK ke program DAYA Usahawan 2016 pada 8h-9hb Nov di KL Convention Centre. 

Penginapan: Tune Hotel KL (316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). 
Daftar masuk: 7hb Nov (3.00ptg-10.00mlm) @ Daftar Keluar: 10hb Nov 2016 . 

Sila tunjukkan SMS ini semasa pengambilan kunci kepada pegawai kami sebagai "Kod Masuk". Sebarang pertukaran tidak dilayan. 

Kod Pakaian Harian: Smart Casual/ Glamer 

Dapat bilik FREE!!  Terima kasih Mdec. 





Aturcara program tersebut. 

Ramai artis2 malaysia yg berniaga hadir memberi perkongsian yg sangat bermanfaat kepada kami. 
Kawan2 baru,, 


Fizomawar

Sempat juga bergambar,  hehe

Akhir kata,  terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur,,  kerana dah sedia kan kami tempat tinggal yg selesa,  makan yg sedap,,  dan paling berharga,  ilmu dan pngalaman yg dikongsi kan oleh para artis jemputan.  Ianya membuat kan sy merasa lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan diri dalam dunia perniagaan.